Tuesday 15 March 2011

Isu Teknologi - Kecurian Identiti dan Privasi


Kecurian identiti berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi anda, seperti nama, hari lahir, nombor telefon, atau nombor kad kredit tanpa kebenaran anda bertujuan untuk menjalankan penipuan atau jenayah lain.

Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian. Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber.


Merujuk kepada statistik yang diperoleh daripada Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jumlah kes jenayah siber semakin bertambah dari tahun 1987 sehingga 2008. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini mendedahkan, sebanyak 159 kes kecurian identiti melibatkan pelanggan perbankan Internet direkodkan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Bilangan itu meningkat sebanyak 27 kes berbanding 132 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Di samping ‘phishing sites’, laman web sosial juga menjadi salah satu sumber di mana identiti boleh dicuri dengan mudah. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kecurian identiti ini daripada terus berleluasa?

14 comments:

  1. Kecurian identiti berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi anda, seperti nama, hari lahir, nombor telefon, atau nombor kad kredit tanpa kebenaran anda bertujuan untuk menjalankan penipuan atau jenayah lain.

    Penting untuk melindungi maklumat peribadi anda serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan potensi kerosakan daripada kecurian identiti jika maklumat anda didedahkan secara tidak sengaja atau memang dicuri:


    Berikut adalah tip untuk melindungi maklumat anda;

    Berhati-hati semasa memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila anda tidak pasti. Anda berhak menanyakan mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.


    Baca pernyataan privasi.


    Tutup akaun kad kredit yang meragukan serta-merta.


    Awasi penyata kad kredit anda. Ingat bahawa aktiviti penipuan mungkin tidak akan muncul serta-merta.


    Bincang dengan institusi kewangan anda mengenai aktiviti yang ganjil pada akaun anda.


    Hubungi agensi kerajaan yang berkaitan untuk membatalkan dan menggantikan sebarang lesen memandu atau kad pengenalan diri yang hilang.


    Perhatikan tanda-tanda kecurian identiti: bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang anda tidak mohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas atau dihubungi pemungut hutang atau orang lain mengenai pembelian yang anda tidak buat.


    Jangan hantar gambar anda sendiri, gambar rakan atau keluarga anda kepada seseorang yang anda temui atau berbual dalam talian.


    Jika anda merancang untuk menemui seseorang yang anda telah temui di internet, bawa seorang rakan bersama. Orang di dunia sebenar mungkin berbeza daripada diri mereka dalam talian.


    Jangan buka e-mel, fail atau pautan tapak web daripada orang yang anda tidak begitu kenal.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  2. salam..
    Setelah membaca post anda, saya berpandangan bahawa berhati-hati semasa memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila anda tidak pasti. Anda berhak menanyakan mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  3. Salam Akmal,
    Saya tertarik dengan isu yang anda kupas. Daripada pemerhatian saya, manusia zaman ini sangat suka menghebahkan perihal diri sendiri kepada orang ramai. Sebagai contoh, berkongsi maklumat peribadi di laman sosial Facebook dan Blogger.com.

    Masyarakat perlu dihebahkan dengan risiko yang mungkin mereka hadapi dengan perkongsian maklumat di internet. Menjadi tanggung jawab media untuk menguar-uarkan perkara ini kepada masyarakat Malaysia, khasnya.

    Sekian.

    MASTURA BINTI NASRUN SANI
    A127641
    FSSK/2
    Sem 2/sesi 2010/2011

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Namr,

    Sepertimana yang dibincangkan mengenai jenayah siber ini biasanya jenayah siber dilakukan ialah secara fizikal seperti mencuri, menipu, memalsu dan curang tetapi dilakukan di alam siber dengan menyalahgunakan teknologi dan internet.

    Menurut Dr. Nazura binti Abdul Manap, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, antara langkah yang dikenal pasti dalam jenayah siber ini ialah jika keselamatan yang dimiliki sekarang ini senag dibolosi tukar dan tingkatkan kepada sistem keselamatan yang lebih canggih, terutamanya Internet Service Provider (ISP), hal ini dapat mengurangkan risiko sistem daripada digodam oleh penjenayah-penjenayah siber.

    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang menarik utnuk dikongsi bersama. Berhubung dengan kecurian identiti yang anda bahaskan di dalam post di atas, saya berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang perlu di ambil berat oleh masyarakat yang menggunakan medium internet dengan memberikan maklumat diri secara terang-terangan. Perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahawa kepada keselamatan diri dan sebagainya. Oleh itu, pengguna perlu lebih berhatu-hati dalam memberikan maklumat ketika mendaftar sesebuah akaun yang meminta anda memberikan maklumat diri agar maklumat tersebut tidak digodam oleh penjenayah siber.

    FATIN FARHANA BINTI ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2 [PEMBANGUNAN MANUSIA]
    TUTORIAL:8-10 MALAM, SELASA, MAKMAL 3 DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Memang isu yang saudari bangkitkan ini sangat penting untuk diambil berat. Kebanyakan kita sangat leka semasa menggunakan internet terutama semasa menggunakan pembayaran secara online. Dan kadangkala, masyarakat kita mudah termakan dengan emel-emel seperti 'Anda telah dipilih memenangi loteri! Sila berikan no akaun dan kata laluan kepada kami' dan sebagainya. Dengan cara inilah, pihak tertentu menyalahgunakan teknologi maklumat untuk melakukan jenayah siber. Maka, kita perlu berhati-hati dalam menghadapai keadaan seperti ini. Sekian.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3 Sem 2 2010/2011
    Tutorial: 8 p.m

    ReplyDelete
  7. Cara mengatasi kecurian identiti:

    (1)pastikan tidak terpedaya dengan iklan/tawaran yang ditawarkan.

    (2)semak segala bentuk iklan/tawaran yang dikemukan bagi menjamin keselamatan informasi.

    (3)link kan ke laman yang berkenaan sahaja. Elak dari memasuki laman yang mencurigakan.

    (4)jangan setuju sebarangan tanpa mengetahui perkara yang dipersetujui.

    (5)elakkan klik iklan dengan sebarangan.

    (6)semak dengan pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya terdapat keraguan.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Jenayah boleh berlaku dimana-mana, dan tidak dapat dinafikan lagi dalam dunia moden ini jenayah di alam maya juga boleh berlaku. Para pengguna internet perlulah berhati-hati agar tidak menjadi mangsa dengan jenayah ini dan haruslah mempunyai pengetahuan selok belok tentang apa itu jenayah "phishing". Dan juga jangan mudah terpecaya dengan sebarang ganjaran atau hadiah-hadiah yang ditawarkan khususnya didalam peti simpanan e-mel anda kerana ia adalah salah satu cara mereka untuk mengumpan anda untuk menjadi mangsa jenayah internet.

    NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
    A130905
    PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
    TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
    Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Mencuri identiti adalah satu jenayah serius. Ianya berlaku apabila maklumat peribadi anda dicuri dan digunakan tanpa pengetahuan anda untuk melakukan penipuan atau jenayah lain. Kecurian identiti boleh merugikan masa dan wang anda. Ia boleh memusnahkan kredit anda (sekiranya ada) dan merosakkan nama baik anda.
    Halang kecurian identiti dengan menjaga maklumat anda.

    1) Koyakkan atau gunakan mesin pengoyak (shredder) untuk menghapuskan dokumen kewangan dan kertas-kertas yang mengandungi maklumat peribadi sebelum anda membuangkannya.
    2) Jangan beri maklumat melalui telefon, surat, atau internet kecuali anda tahu dengan siapa anda sedang berurusan.
    3) Jangan sesekali klik pada pautan dalam emel yang anda tidak minta; sebaliknya, taip alamat laman web yang anda tahu. Gunakan perisian firewall, anti-virus dan anti-spyware untuk melindungi komputer rumah anda, dan sentiasa kemas kinikan mereka.
    4) Jangan gunakan kata laluan yang jelas seperti tarikh lahir anda, nama ibu anda atau nombor kad pengenalan anda.
    5) Simpan maklumat peribadi anda di dalam tempat yang selamat di rumah, terutamanya jika anda tinggal bersama orang lain, rakan-rakan, atau ada kerja-kerja sedang dijalankan di rumah anda.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  10. Terdapat beberapa cara untuk mengelak dari terjebak dengan kecurian identiti dan privasi. Antaranya ialah, elakkan diri dari menggunakan komputer perkongsian, contohnya di makmal atau kafe siber, terutamanya untuk melakukan transaksi kewangan atau apa-apa sahaja yang memerlukan anda memasukkan kata laluan. Jika anda terpaksa menggunakan komputer perkongsian, jangan lupa log keluar dan hapuskan cookies pada komputer tersebut. Langkah yang seterusnya jangan pinjamkan komputer peribadi anda kepada sesiapa kerana bimbang ia disalahgunakan dan identiti anda akan dicuri. Pastikan anda tidak meninggalkan komputer untuk dibaiki di kedai. Tunggu dan lihat proses pembaikipulih komputer anda di kedai tersebut bagi mengelak dari kecurian identiti. Dan sentiasa pastikan anda tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan di Internet dan sentiasa berwaspada dengan laman web palsu.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  11. terdapat pelbagai masalah yang timbul ekoran perkembangan teknologi. antaranya Kecurian Identiti dan Privasi. masalah seperti ini sering membelenggu pengguna internet pada zaman global. dengan kecanggihan yang ada, terdapat segelintir manusia yanag tidak bertanggungjawab yang telah menyalahgunakan teknologi. masalah seperti ini merupakan salah satu jenayah. masalah tersebut perlu diberi perhatian yang serius kerana melibatkan dokumen peribadi individu. oleh hal yang demikian, sebagai pengguna kita seharusnya sedar dan peka tentang keadaan seperti ini dan elakkan daripada sikap lalai.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,
    Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa,setiap pengguna internet perlulah sentiasa berwaspada dalam melakukan apa jua urusan yang melibatkan internet. "Sesekali bersangka buruk itu adalah baik untuk diri kita".Kerana rambut manusia sama hitam tetapi dalam hati sebaliknya.


    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
    PEMBANGUNAN MANUSIA(FSSK)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..

    Isu kecurian identiti dan pencerobohan privasi di internet wajar diambil perhatian. Pengguna internet seharusnya berwaspada dan hati-hati sewaktu melayari internet terutamanya apabila melibatkan maklumat peribadi. Oleh itu, pengguna harus bijak dalam menjaga privasi dan identiti mereka serta tahu membezakan apa yang perlu dihebahkan dan dikongsi di alam maya. Pengguna juga tidak seharusnya percaya bulat-bulat pada sebarang peraduan, penjualan atau sebarang aktiviti yang dijalankan atas talian tanpa mengetahui sumber yang sebenar dan sejauh mana kesahihannya. Sesungguhnya pengguna yang bijak tahu apa yang terbaik buat mereka, berfikir panjang sebelum bertindak, sentiasa bertanya untuk kebaikan diri dan tahu menjaga privasi hidup mereka daripada terdedah kepada umum.

    SITI KHADIJAH OMAR
    A125169
    TAHUN 3 FST SEM 2 SESI 2010/2011
    MAKMAL 3, SELASA 8-10 PM

    ReplyDelete
  14. terima kasih diatas info ini.

    Saya juga pernah menjadi mangsa phishing scam dimana mereka mengakes email dan FB namun sempat akaun saya sempat diselamatkan. Bagi saya untuk mengatasi masalah ini, individu harus ada kesedaran bahawa maklumat peribadi tidak seharusnya diberikan tanpan menyelidik keperluan untuk berbuat demikian dan individu tidak harus mengklik link2 yang diberikan oleh individu tertentu supaya tidak menjadi mangsa aktiviti kecurian identiti. Individu juga harus pastikan "password" email tidak isngkat kerana password yang singkat lebih mudah menjadi mangsa phishing scam.


    Faridah HaNis Bt Hood
    A130471
    FSSK SEM 2 2010/2011

    TUTORIAL SELASA 8.MALAM

    ReplyDelete