Thursday 31 March 2011

Dinner Kelab Genetik - Kena tukar tema jadi "Time Rewind"

Makan Malam Tahunan Kelab Genetik sudah pun selesai 28 Mac baru ni. Akhirnya. Yay.
Asalnya jadi AJK cenderamata dengan dekorasi pentas. Tiba-tiba ternaik pangkat (atau tertambah jawatan) jadi teknikal juga sebab tiada orang boleh buat dan edit video untuk gimik perasmian dan presiden nak backdrop dalam bentuk video juga.

Kali pertama jaga PA system. Best, tapi backdrop hancur. Kenapa? Cuba tengok.


Tema dinner In Bianco E Nero. Nama kompleks, tapi maksud hitam putih sahaja. Yang silap dekat sini: Dinner 28 Mac 2011, tapi kat video 28 Mac 2001. 10 tahun lepas!! Utter failure. Perasan masa dinner, tapi tak boleh edit balik sebab dinner start dalam 10 minit, nak render video guna after effects lebih kurang 30-40 minit. Itupun RAM sudah 2Gig. Kalau guna RAM 1Gig boleh sempat tidur XD.

Tapi tiada orang perasan sampai saya beritahu. Mungkin terlalu sibuk intai lauk depan mata...

Tuesday 29 March 2011

Projek Kumpulan: 'The Making Of' Perangkap Serangga

Telah terbukti berkesan. Bilik di kolej dulu pantang ada makanan, semut mula berbaris. Lepas guna benda ini (semasa 'testing period') semua semut-semut itu sudah tiada. Cuma kena rajin basuh dan tukar air gula + yis. Tapi lebih elok daripada guna racun~




Tuesday 15 March 2011

Isu Teknologi - Kecurian Identiti dan Privasi


Kecurian identiti berlaku apabila seseorang menggunakan maklumat peribadi anda, seperti nama, hari lahir, nombor telefon, atau nombor kad kredit tanpa kebenaran anda bertujuan untuk menjalankan penipuan atau jenayah lain.

Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian. Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber.


Merujuk kepada statistik yang diperoleh daripada Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jumlah kes jenayah siber semakin bertambah dari tahun 1987 sehingga 2008. Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini mendedahkan, sebanyak 159 kes kecurian identiti melibatkan pelanggan perbankan Internet direkodkan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Bilangan itu meningkat sebanyak 27 kes berbanding 132 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Di samping ‘phishing sites’, laman web sosial juga menjadi salah satu sumber di mana identiti boleh dicuri dengan mudah. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kecurian identiti ini daripada terus berleluasa?

Monday 14 March 2011

Alat bantu mengajar - Sabun dan air, yang mana timbul?

Ini adalah model alat bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pembelajaran Sains. Ia menunjukkan perbezaan ketumpatan cecair yang merupakan cara yang mudah untuk menunjukkan kenapa minyak timbul di atas air dan sebagainya. Model juga telah dilabel dengan jenis cecair yang digunakan dan juga nilai ketumpatannya untuk kemudahan pengajar dan juga pelajar.

Botol yang digunakan adalah botol Listerine (ubat kumuh mulut) dan bahan cecair yang terlibat adalah:
1) Madu
2) Air gula
3) Sabun basuh pinggan
4) Air paip
5) Minyak sayuran
6) Minyak mineral
7) Alkohol 70%
Hadapan



Belakang
Sisi
45 darjah (Depan)
45 darjah (Belakang)
Atas
Close-up 1
Close-up 2
Close-up 3
Close-up 4










Tuesday 8 March 2011

Innovasi - Koleksi video

KREATIVITI - MENUKARKAN RUANG SEBESAR 330 KAKI PERSEGI KEPADA SEBUAH RUMAH YANG BESAR


Rumah ini telah dibina di negara China, di mana ruang adalah sangat kecil. Dengan memanfaatkan semua ruang yang ada dan juga dengan memanipulasikan cahaya, satu ruang yang sempit, boleh mempunyai semua bahagian asas setiap rumah.


RUMAH DALAM BEG

Rumah ini boleh dibina dengan hanya 4 langkah: Penghantaran, Pengembangan, Pembasahan, dan Pengeringan. Ia adalah kalis air, bersih, dan juga kalis api.


TEMPAT LETAK KERETA AUTOMATIK YANG MENJIMATKAN RUANG DI JEPUN

Tempat letak kereta ini membolehkan kereta diletakkan secara bertingkat-tingkat. Di tempat letak kereta yang hanya boleh memuatkan 3 buah kereta pada satu masa, dengan menggunakan sistem ini, bilangan kereta yang boleh dimuatkan dalam ruang tersebut boleh mencecah 2 ke 3 kali ganda.


MEJA YANG BOLEH MENGEMBANG DAN MENGUNCUP

Untuk tujuan menjimatkan ruang, meja ini boleh dikecilkan, dan apabila ada tetamu yang datang dan meja yang besar diperlukan, meja yang sama boleh digunakan - cuma kembangkan meja tersebut!


KERETA MASA DEPAN


Susah untuk masuk parking sisi? Dengan ciptaan terbaru daripada negara Jepun ini, ia bukan lagi satu masalah. Ada juga kereta yang dibina untuk mengelakkan atau meminimakan kecederaan pada pejalan kaki semasa kemalangan.


PANDU KERETA MENGGUNAKAN iPHONE

Kawal minyak, brek dan juga stering dengan iphone dengan mengaplikasikan konsep drive-by-wire.
 

LETAK TELEVISION BAWAH KATIL

Mahukan television yang besar, tapi tiada ruang? Letak bawah katil dan tarik keluar bila perlu.


BEG SAMA, TAPI WARNA BERTUKAR

Dengan adanya beg sebegini, kita tidak lagi perlu membeli banyak beg yang berlainan warna. Dengan satu beg sahaja, warnanya boleh ditukar mengikut kesukaan masing-masing.


TANGGA PIANO

Hendak galakkan orang menaiki tangga (salah satu cara bersenam yang mudah) jadikan ianya seronok dilakukan.


KERETA SELAM?

Teknologi baru ini telah membolehkan sebuah kereta untuk bergerak di atas darat, masuk ke dalam air yang bertindak sebagai bot laju, dan juga menyelam.