Wednesday 23 February 2011

Innovasi - Koleksi gambar

PEN CERDIK LIVESCRIBE – TULIS DAN RAKAM

Livescribe Pen boleh membuat rakaman audio selama 200 jam dan dapat digunakan untuk menulis pada masa yang sama. Pen ini boleh digunakan untuk menyentuh apa sahaja perkataan pada nota dan pengguna boleh mendengar kembali apa yang telah dirakam berkaitan dengan perkataan tadi. Ia menjimatkan banyak masa kerana pengguna tidak perlu memainkan rakaman secara berbolak-balik untuk mencari sesuatu bahagian dalam rakaman. Ciri-ciri lain adalah bahawa pen tersebut membolehkan pengguna untuk melambatkan kelajuan rakaman. Ini membantu pengguna untuk mendengar setiap kata yang diucapkan oleh guru dengan jelas dan pengguna (pelajar) tidak akan terlepas apa yang diajar atau dikatakan oleh pengajar.


KAMERA UNTUK ORANG BUTA
KameraTouch Sight” (Penglihatan Secara Sentuhan) memungkinkan bagi orang buta atau kurang saya penglihatan untuk mengambil gambar. Jurugambar akan memegang kamera ke dahinya untuk tujuan menstabilkan kamera, dan skrin seperti skrin-Braille akan menghasilkan satu teksturnya yang boleh dirasa melalui sentuhan dengan tangan. Pengguna boleh dapat merasa bentuk-bentuk dalam gambar yang diambil.

 
GUNTING LASER
Digunakan untuk memotong sesuatu benda dengan lurus tanpa menggunakan apa-apa untuk menanda bahagian yang ingin digunting. Garis lurus tidak perlu dilukis di atas benda yang ingin dipotong dan ianya dapat menjimatkan masa. Peralatan lain seperti pen atau pensil dan pembaris adalah tidak diperlukan sama sekali dan ini dapat menjimatkan wang dan juga tempat untuk menyimpan barang-barang tersebut.


SKUTER UNTUK ORANG KURANG UPAYA DAN JUGA ORANG NORMAL

Chariot adalah satu alat yang akan membantu dalam bahagian mobiliti. Ia akan mengelilingi paha pengguna, pinggul dan kaki dan tangan pengguna, lengan dan dada adalah bebas untuk melakukan apapun yang dikehendaki. Alat ini dicipta bagi  bagi orang-orang yang sukar berdiri atau berjalan dan bagi orang-orang yang harus berdiri pada masa yang lama atau berjalan jauh. Ia juga adalah sangat stabil dan dapat menyeimbangkan diri sendiri tanpa melibatkan penggunaan tangan pengguna.


BATERI YANG MENGGUNAKAN GULA

Bateri ini menghasilkan sumber tenaga dengan menggunakan gula. Ia dicipta oleh Sony, dan lebih dikenali sebagai bio-sel. Bateri ini mengandungi enzim yang akan menghadamkan glukos dan enzim ini akan bertindak untuk mengeluarkan electron daripada pelbagai cecair yang bergula. Satu sel boleh menghasilkan 50-miliwatt tenaga elektrik, dan dengan menggabungkan empat sel, ianya boleh digunakan untuk memainkan MP3.


iBOT – KERUSI RODA YANG BOLEH MENAIKI TANGGA

Pengguna kerusi roda selalunya mempunyai masalah untuk naik ke atas bahu jalan dan tangga. iBOT adalah sebuah kerusi roda yang telah dicipta untuk mengatasi masalah ini. iBOT memberikan orang kurang upaya satu kemampuan untuk bergerak di atas apa sahaja permukaan jalan. Ianya mempunyai teknologi untuk menyeimbangkan diri sendiri dan ini membolehkan pengguna untuk naik dan turun tangga, melalui jalan yang tidak rata dan juga berdiri. iBOT menyebabkan pengguna dapat berdiri sama tinggi dengan orang sekeliling dan pengguna kerusi roda tidak lagi perlu mendongak ke atas untuk bercakap dengan orang lain.

 
E-SULLIVAN: ALAT UNTUK ORANG BUTA MEMBACA BUKU


 
e-Sullivan akan membantu orang yang pekak dan buta untuk berkomunikasi dengan menukar semua jenis barang cetakan ke dalam bentuk Braille. e-Sullivan adalah satu alat yang portable yang sangat nipis, dan boleh dibawa ke mana sahaja. Ia bukan sahaja mampu menukarkan tulisan roman kepada Braille, tetapi ia juga dapat memberikan bantuan kepada orang pekak dan buta untuk melakukan tugas-tugas berkaitan yang berkairan dengan komputer seperti ‘instant messaging’ dan menjelajah web. Ia akan bertindak sebagai perantara di antara komputer dengan pengguna, di mana teks yang ditaip dalam bentuk braille akan diterjemah kepada huruf roman apabila dimasukkan ke komputer. Ia juga dapat membaca teks daripada buku dengan cara scan dan menterjemahkan perkataan-perkataan ke dalam bentuk Braille.




ALAT UNTUK SENTUH BENDA YANG TIDAK BOLEH DISENTUH

Dalam dunia nyata, biasanya kita hanya akan dapat menyentuh objek yang berada dalam jangkauan. Apa yang dimaksudkan dengan objek yang tidak boleh disentuh adalah tidak semestinya ia mesti berada terlalu jauh, tetapi juga merangkumi objek-objek yang dipamerkan di dalam gelas kaca seperti di muzium.

Sistem ini terdiri daripada pelbagai jenis finder laser, komputer dan alat haptik. Oleh kerana sinar laser dapat melalui kaca, laser pencari jarak dapat digunakan untuk mengukur jarak di antara objek dengan alat walaupun alat tersebut berada di luar bekas kaca pameran. Alat haptik dapat menghasilkan satu reaksi dengan berdasarkan kepada jarak objek yang telah diukur oleh laser finder. Seorang pengguna akan dapat merasakan bentuk objek dengan memegang remote interface ini dan menghalakannya ke arah objek yang ingin disentuh. Alat yang dicipta oleh penyelidik daripada Universiti Tsukuba, Jepun ini dapat digunakan untuk memahami ciri-ciri objek untuk tujuan pendidikan ataupun untuk pemeriksaan kualiti bagi produk-produk kejuruteraan.


LALAT ROBOT UNTUK TUJUAN MEMERHATI (SPYING)
Robot lalat ini telah dibuat di Harvard University. Beratnya hanyalah 60 miligram, dan dengan lebar sayap yang sepanjang tiga sentimeter, pergerakan robot ini adalah sama seperti lalat sebenar. Masih banyak penyelidikan perlu dilakukan, namun begitu, para penyelidik telah mengatakan bahawa seperti robot lalat ini boleh digunakan untuk mengesan bahan kimia berbahaya. Bahagian pertahanan Amerika Syarikat telah memberi dana untuk penghasilan robot tersebut kerana ia boleh dijadikan sebagai robot pemerhati di medan perang. Ini adalah kerana saiznya yang sangat kecil adalah satu ciri yang penting untuk misi tersebut.


BREAK KERETA AUTOMATIK

Sistem yang diberi nama City Safety ini adalah satu ciptaan inovatif yang boleh membantu untuk mengelakkan 50 peratus daripada kemalangan yang melibatkan langgar belakang dan juga kemalangan semasa kelajuan rendah yang sering berlaku di persekitaran bandar atau di situasi di mana lalu lintas bergerak lambat. Statistik menunjukkan bahawa 75 peratus daripada semua perlanggaran yang dilaporkan berlaku pada kelajuan rendah hingga 30 km/h. Sistem City Safety ini akan mengawas lalu lintas sehingga sejauh enam meter daripada bahagian hadapan kenderaan dengan bantuan sistem radar optik yang diletakkan di bahagian atas cermin depan kereta. Jikalau kereta di hadapan brek secara tiba-tiba, sistem ini akan memperlahankan atau memberhentikan kereta secara automatik.

No comments:

Post a Comment